Nur Sajat Bengang Produk Let’s Bengkung Diciplak, Akui Alami Kerugian Besar

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Baru-baru ini Nur Sajat atau nama sebenar Muhammad Sajjad Kamaruzzaman mengalami kerugian teruk sejak tahun lalu gara-gara tiga produk keluarannya telah diciplak oleh pihak tidak bertanggungjawab.

BACA : Nur Sajat Tamat Belajar Peroleh Diploma, Bakal Hadir Majlis Konvo Di Lebanon

Nur Sajat mendakwa Produk Let’s Bengkung Diamond Gold keluaran syarikatnya telah berada di pasaran sejak empat tahun lalu dan salah satunya sudah tidak dikeluarkan lagi namun masih dijual oleh pihak yang menciplak bengkung itu.

Menurut Sajat, disebabkan itu 26 stokis dan ramai ejennya tidak dapat menjual barangan yang mendapat permintaan tinggi itu kerana persaingan harga daripada produk tiruan, memetik Kosmo! Online.

“Produk tulen dijual pada harga RM130.90 manakala yang tiruan dijual antara RM30 hingga RM90. Kebanyakan produk saya dijual di bazar, laman sosial dan platform e-dagang terkenal seperti Shopee dan Lazada.

“Saya dimaklumkan, pembeli yang memakai produk tiruan akan mengalami kecederaan pada badan mereka kerana besi yang digunakan untuk bengkung tersebut akan terkeluar hingga menyucuk tubuh si pemakai,” – Nur Sajat

Sajat memberitahu dia dan pasukannya ada membuat pemantauan dan pemeriksaan di dua buah premis di Sungai Udang, Klang serta Chow Kit selepas mendapat aduan mengenai penjualan barangan tiruan tersebut.

Hasil siasatan, pihaknya mendapati ada pihak yang cuba mengambil untung atas angin dengan mengeluarkan 15,000 produk itu setiap bulan untuk dijual pada harga murah.

“Kotak, logo, jahitan, tulisan, tag dan kain yang digunakan amat berbeza dengan yang tulen dan saya menggesa mereka supaya menghentikan perbuatan itu jika tidak mahu berdepan dengan undang-undang.

“Kebanyakan stokis saya adalah ibu tunggal, pelajar dan peniaga online yang terjejas kerana kehilangan 60 hingga 70 peratus daripada pendapatan yang mereka peroleh sebelum ini,” – Nur Sajat.

Bukan sahaja dalam Malaysia, malah produk dia diciplak dan dijual di Singapura dan dia mendakwa pernah menyergah seorang peniaga di bazar di Singapura beberapa bulan lalu kerana menjual produk tiruan tersebut.

“Ketika itu saya sedang lalu di situ dan ternampak produk saya yang diciplak. Saya terus bertanya kepada dia dan dia meminta maaf lalu membuang barangan tersebut kerana mendakwa dia tidak tahu apa-apa,” – Nur Sajat.

Nur Sajat sedih kerana produk ciplak itu, dia yang mampu memperoleh pendapatan sehingga jualan 20,000 helai bengkung sebulan daripada penjualan produk itu kerugian antara 60 hingga 70 peratus.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Trackbacks / Pingbacks

  1. Fitnah Bekas Stokis Jual Bekung Palsu, Nur Sajat Disaman Bekas Stokis - TEHPANAS
  2. Fitnah Bekas Stokis Jual Bekung Palsu, Nur Sajat Disaman Bekas Stokis - Info Sebenar

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*