Nur Sajat Tamat Belajar Peroleh Diploma, Bakal Hadir Majlis Konvo Di Lebanon

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Hasil penat lelah Nur Sajat tercapai apabila dia bakal menghadiri majlis konvokesyen yang bakal berlangsung pada 1 Julai depan di Beirut, Lebanon.

BACA : Gagal Mohon Maaf Isu Tukar Maklumat Jantina, Sajat Akan Saman

Nur Sajat memberitahu majlis tersebut diadakan di lokasi yang sama Sajat belajar sehingga memperoleh segulung Diploma dalam bidang Dandanan Rambut selama lebih sebulan, memetik RotiKaya.

“Alhamdulillah Sajat akan menghadiri majlis konvokesyen Diploma di Beirut dalam bidang Hair Dresser. Sajat ambil short course atau private course, di mana pensyarah tersebut sememangnya fokus pada Sajat dalam masa sebulan lebih di sana.

“Sajat akan menghadiri konvokesyen tersebut pada 1 Julai ini. Perasaan sangat gembira akhirnya saya dapat juga segulung diploma walaupun sudah berumur 34,” – Nur Sajat.

Menurut Sajat lagi, dia mengambil inisiatif untuk belajar dalam bidang dandanan rambut kerana minat kepada bidang penjagaan rambut serta mahu menguasai bidang tersebut dengan sendirinya.

“Kita dalam bisnes ini pemilik atau bos itu sendiri kena belajar, jangan harapkan pekerja. Contohnya kalau pekerja itu tak suka dia boleh lari dan kita pula terkapai-kapai. Jadi kita boleh back-up.” – Nur Sajat

Dia juga memberitahu sebagai pemilik atau bos, kena belajar sendiri dan jangan harapkan pekerja sahaja.

Sajat akan terus mengambil lagi kursus pendek sebegini untuk menambahkan ilmunya dalam bidang kecantikan.

2 Trackbacks / Pingbacks

  1. Nur Sajat Bengang Produk Let's Bengkung Diciplak, Akui Alami Kerugian Besar - TEHPANAS
  2. Nur Sajat Bengang Produk Let’s Bengkung Diciplak, Akui Alami Kerugian Besar - Info Sebenar

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*