Nur Sajat Terima Anugerah Tokoh Persilatan Srikandi Negara

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Siapa tidak kenal dengan pengusaha produk kecantikan, Nur Sajat yang semakin dikenali bukan sahaja kerana produk keluarannya tetapi juga mengenai dirinya yang dituduh sebagai transgender atau pondan.

LIHAT : Gambar Nur Sajat Dicium Teman Lelaki Mengundang Bencana

Namun kali ini mungkin yang mengutuk dan mengkritik Nur Sajat akan terdiam kerana hasil usahanya selama ini dihargai apabila dianugerahkan dengan Selempang Tokoh Srikandi Tun Puteh oleh Pertubuhan Kebajikan Insaniah Srikandi.

Penyampaian anugerah tersebut berlangsung sempena Majlis Santapan Di Raja dan Penganugerahan Tokoh Persilatan Srikandi Negara di JW Marriot Hotel, Bukit Bintang, Kuala Lumpur baru-baru ini yang disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Majlis penganugerahan itu diadakan bagi meraikan jasa dan sumbangan wanita dari seluruh negara dalam pelbagai bidang yang membawa perubahan ke arah kesejahteraan rakyat dan negara.

Sumbangan untuk wanita? Nur Sajat wanita atau? Okay, silakan blur…

1 Trackback / Pingback

  1. “Saya Akan Mengambil Tindakan Tegas & Ganti Rugi” – Nur Sajat

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*