“Kalau Nak Nyanyi Lagu Saleem Perlu Minta Izin & Bayar!” – Isteri Arwah Saleem

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Kemelut yang melanda isteri kepada penyanyi Allahyarham Saleem iaitu Julia Bachok didakwa mempunyai masalah dengan anak tirinya, Syafiq Farhain menyebabkan Julia terpanggil untuk mendedahkan perkara sebenar.

BACA : “Saya Hanya Kenakan RM10 Ribu Untuk 3 Lagu”

Julia menegaskan dirinya tiada sebarang masalah dengan Syafiq kerana semua masalah berpunca daripada syarikat rakaman yang mengambil kesempatan mempromosikan Syafiq dengan menggunakan nama suaminya itu tanpa sebarang bayaran.

“Saya tak pernah lupakan dia. Malah untuk showcase Saleem kali ini kita juga ada menjemput dia untuk bersama-sama membuat persembahan. Tak salah pun nak panggil dia kalau dia nak, saya akan bayar.

“Sebetulnya isu sebelum ini, saya bukan marahkan dia. Saya marahkan syarikat. Sekalipun mereka nak guna nama arwah izinkan tapi mereka perlu bayar. Saya pun perlukan duit nak hidup.

“Lagipun saya fikir mungkin Syafiq masih muda… kami bukan bergaduh pun dan kami boleh bergambar bersama,” Julia Bachok.

Disebabkan itulah Julia memberi amaran kepada mana-mana pihak yang sewenang-wenangnya membuat duit menggunakan nama arwah suaminya kerana sepatutnya mereka perlu berbincang dengan dia terlebih dahulu.

Dia tidak mahu ada pihak yang mengaut keuntungan dengan menggunakan nama arwah Saleem tanpa pengetahuan dia kerana arwah masih mempunyai anak yang memerlukan dana untuk belajar.

“Saya bukan tak kasi mereka menyanyikan lagu arwah tetapi harus meminta izin daripada saya terlebih dahulu.

“Mana-mana individu yang masih berdegil, mereka akan berdepan tindakan undang-undang dan saya juga sudah ada peguam sendiri,” – Julia Bachok.

Julia mendedahkan lagi, ada sebuah syarikat rakaman tempatan pernah mengambil kesempatan mengaut keuntungan tanpa pengetahuannya apabila melancarkan beberapa single seminggu selepas kematian Saleem.

Sumber : mStar

TehPanas – Tak habis lagi isu isteri kedua Saleem dengan anak tiri dia rupanya, dari arwah Saleem hidup lagi…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Carian Anda :

1 Comment

  1. Satu cara anak arwah Saleem ini menghindari ‘gaduh’ adalah dengan membina nama sendiri. Jangan bergantung dengan nama arwah ayah. Cari lirik dan lagu lain, nyanyikan. Habis cerita.

1 Trackback / Pingback

  1. "Tidak Perlu Minta Izin Pun, Arwah Benarkan Saya Nyanyikan Lagu Dia - Syafiq Farhain - TEHPANAS

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*