“Kalau Bukan DNA Saya, Abis Anak Siapaaaa?” – Abam Bocey Bengang, Pakcik Bawang Suruh Ujian DNA

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Kegembiraan Abam Bocey menyambut anak sulung bertukar menjadi bengang apabila tindakan seorang ‘Pakcik Bawang’ yang meninggalkan komen di media sosial meminta dia melakukan ujian DNA ke atas anaknya yang baru dilahirkan semalam.

Menerusi laman sosial Facebook, Abam Bocey meminta sesiapa yang mengenali individu nama Lau Kok Chan kerana dia hendak berjumpa dengannya kerana komen yang menghina dirinya.

Abam menjelaskan komen yang ditulis lelaki yang dipercayai bernama Zainuddin Noriah (mengikut username Facebook) itu sangat keterlaluan dan menyinggung perasaannya sebagai seorang bapa.

“Siapa kenal pakcik ini? Beritahu saya, saya nak jumpa dia. Ini satu penghinaan yang dahsyat.

Kalau bukan DNA saya, habis tu anak siapa? Maaf, sata amat tersinggung dengan komen begini.

Nak cakap benda saya tu kecil ke kura-kura ke saya tak kisah sangat.

Tapi ini satu penghinaan, saya nak jumpa pakcik ni. Sangat-sangat nak jumpa,” – tulis Abam di Facebook.

Selain itu, Abam berkongsi paparan skrin komen yang ditinggalkan oleh ‘Pakcik Bawang’ itu bersama paparan profil Facebook yang menggunakan nama Lau Kok Chan.

Rata-rata peminat Abam dan netizen mendoakan yang terbaik untuk Abam dan berjaya untuk berjumpa dengan Pakcik Bawang mulut puaka itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 Trackback / Pingback

  1. Abam Bocey & 'Pakcik Bawang' Berjumpa, Berbincang Isu 'Ujian DNA' - TEHPANAS

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*