Pasukan Payung Terjun JPJ Hendak Ditubuhkan, Netizen Kaitkan Dengan Kapal Terbang ‘Vector’ Malaysia

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Viral gambar ‘Kertas Cadangan Penubuhan Pasukan Payung Terjun JPJ, Untuk JPJ Malaysia’ di laman sosial dan aplikasi WhatsApp telah menggemparkan netizen menyebabkan masing-masing membuat andaian.

BACA : WhatsApp JPJ Untuk Laporkan Kesalahan Jalan Raya

Respon daripada netizen rata-rata mengaitkan ‘kertas cadangan’ tersebut dengan kapal terbang ‘Vector’ Malaysia yang telah dipamerkan pada acara Lima ’19 baru-baru ini.

Namun jika difikir secara logik, untuk apakah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mencadangkan Pasukan Payung Terjun JPJ? Menahan kereta terbang di udara?

Jawapan yang terlintas dalam kepala netizen sudah pasti untuk membuat sekatan jalan raya (road block) di udara memandangkan kereta terbang akan wujud di Malaysia.

Namun, ada juga yang beranggapan gambar yang seolah-olah seperti kulit fail untuk kertas cadangan tersebut adalah palsu dan sengaja direka oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Kami juga membuat andaian yang ‘Kertas Cadangan Penubuhan Pasukan Payung Terjun JPJ, Untuk JPJ Malaysia’ ini adalah palsu kerana tidak masuk akal untuk JPJ menubuhkan pasukan payung terjun. Heh!

Gambar Model Kereta Terbang Vector Malaysia

Anggota JPJ Cedera Ketika Terjunan Payung Terjun

Kepada yang belum tahu, pada tahun 2011 ada berita mendakwa seorang pembantu penguat kuasa JPJ yang dikenali sebagai Asnawi Mohd. Hassan cedera ketika membuat terjunan.

Gambar anggota JPJ cedera selepas penerjunan

Insiden cemas itu berlaku apabila bendera yang dibawa oleh Asnawi bagi persembahan payung terjun itu tersangkut pada dahan pokok berhampiran padang Akademi JPJ, Tiang Dua, Melaka semasa majlis Penutup dan Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas dan Induksi Pembantu Penguat Kuasa JPJ.

Ini menjelaskan, JPJ memang sudah lama ada Pasukan Payung Terjun JPJ. Mungkin?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*