Payudara Tiba-tiba Membesar, Wanita Ini Terpaksa Sarung Guna Baju & Ikat Di Leher

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Seorang wanita terpaksa menyarung baju pada payudaranya yang membesar secara tiba-tiba sejak beberapa bulan lalu.

Lam Phrai Si Nuan yang berusia 46 tahun dan berasal dari Thailand itu memohon bantuan kerana semakin hari payudaranya semakin membesar dan keadaan itu menyebabkan dia sukar untuk bekerja dan memerlukan tongkat untuk bergerak.

Menurut Lam Phrai yang berasal dari sebuah kampung di wilayah Phitsanulok itu, dia telah berjumpa dengan ramai doktor mengenai keadaan misteri yang menimpanya tetapi mereka menolak ia adalah kemungkinan tumor kanser, sekali gus dia sukar untuk didiagnosis atau diberikan rawatan.

Lam Phrai yang mengalami masalah kewangan tidak dapat membiayai lebih banyak pemeriksaan perubatan dan terpaksa meminta simpati orang ramai.

Menurut laporan OddityCentral, dia pertama kali menyedari payudaranya mulai membesar tiga tahun lalu, tetapi ia membesar secara mendadak kira-kira sembilan bulan lalu.

Payudara kirinya lebih besar berbanding di bahagian kanan dan keadaan semakin parah apabila Lam Phrai terpaksa memakai pakaian berat, yang diikat pada lehernya untuk menampung payudara yang besar itu.

Oleh kerana payudara yang sangat berat telah membuatkan Lam Phrai sering mengalami sakit leher, bahu dan belakang badan.

Wanita itu masih tidak mengetahui punca payudaranya membesar secara tiba-tiba walaupun sudah beberapa kali berjumpa doktor di Hospital Phutthachinarat.

Salah seorang doktor memberitahu bahawa mereka boleh mengeluarkan payudaranya, tetapi perlu mengetahui dahulu punca pembesaran yang luar biasa itu.

Carian Anda :

1 Trackback / Pingback

  1. Payudara Tiba-tiba Membesar, Wanita Ini Terpaksa Sarung Guna Baju & Ikat Di Leher - Info Sebenar

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*