Peguam Wanita Suzana Tak Jadi Bantu Danial ‘Abang Botak’ Kerana…

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Jika anda mengikuti kisah ‘Abang Botak’ yang dijatuhi hukuman 12 bulan penjara gara- gara memecahkan cermin hadapan kereta milik Siew Chean Voon menyebabkan seorang peguam wanita tampil untuk membantu membebaskan ‘Abang Botak’.

BACA : ‘Abang Botak’ Dedah Punca Pecah Cermin Kereta, Peguam Wanita Mahu Bantu Bebaskan

Walaupun ramai yang bersetuju dengan tindakan peguam wanita yang dikenali sebagai Suzana Norlihan Ujen untuk membantu membebaskan Danial Abdullah Tan dari hukuman penjara, ada juga yang mengecam dan tidak berpuas hati dengan tindakan Suzana.

Namun, dalam status terbaru Suzana di Facebook, dia menegaskan dia bersama rakan peguamnya yang lain iaitu Samantha CH dan Puan Siti Kasim tidak akan mengendalikan kes ‘Abang Botak’ tersebut seperti mana yang dia maklumkan sebelum ini.

Dalam pada itu juga, peguam wanita yang berusia 42 tahun itu menjelaskan sebab dia dan 2 orang rakan peguamnya yang lain tidak membantu membebaskan ‘Abang Botak’.

Sebenarnya, ada peguam yang lain sudah bersedia untuk membantu Danial dalam proses rayuan dan semakan bagi membebaskan Danial dari hukuman penjara yang dianggap tidak setimpal dengan perbuatannya.

Namun, siapakah peguam yang membantu ‘Abang Botak’ itu, tidak pula diberitahu mahu pun didedahkan oleh Suzana.

Di laman media sosial, ramai juga netizen yang beranggapan hukuman dipenjara sehingga 12 bulan itu adalah tidak munasabah jika dibandingkan dengan kesalahannya hanya memecahkan cermin kereta sahaja.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*