Pelajar Tahfiz Dipotong Kaki Meninggal Dunia, Kes Diklasifikasi Sebagai Kes Bunuh

26/04/2017

Pelajar tahfiz yang terpaksa dipotong kaki akibat sel-sel kakinya mati telah meninggal dunia sebelum tangannya pula perlu dipotong untuk mengelakkan daripada sebarang jangkitan yang lain.

BACA : Kaki Disebat Warden, Kaki Pelajar Tahfiz Terpaksa Dipotong

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar telah memutuskan kes adik Thaqif Amin itu telah diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan melalui laman Twitter.

“PDRMsia mengucapkan takziah kepada keluarga anak ini dan mengklasifikasikan semula siasatan di bawah Seksyen 302 bunuh.

“Polis akan mendapatkan laporan penuh perubatan untuk siasatan segera,” – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar

Jenazah Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, baru saja melalui prosedur bedah siasat dan pihak polis meminta orang ramai menghentikan spekulasi, lebih-lebih lagi info yang tidak benar.

Carian Anda :

Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Terima Kasih.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: