Ditembak & Dipukul Penumpang, Pemandu Grab Cedera Di Kepala

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Seorang pemandu Grab berhadapan dengan detik cemas dan mengalami kecederaan di kepala akibat dipukul dan ditembak menggunakan senapang angin oleh penumpangnya.

BACA : Suspek Buat Live Video di Facebook Selepas Bunuh Pemandu Grab

Kejadian yang berlaki di Jalan FAC Matang, Kuching, Sarawak petang semalam semasa pemandu membawa seorang penumpang warga asing di Kuching Sentral untuk dihantar ke Jantayu Strawberry Farm, memetik Sinar Harian.

“Semasa dalam perjalanan, suspek mengarahkan pemandu itu memberhentikan kenderaan, sebelum bertindak memukul kepalanya menggunakan tukul dan menembaknya menggunakan senapang angin buatan sendiri.

“Lelaki yang cedera itu kemudian lari ke hutan yang berdekatan untuk menyelamatkan diri. Kini lelaki itu berada di Hospital Umum Sarawak untuk rawatan,” – Polis.

Penumpang itu memaksa pemandu tersebut memberhentikan kereta sebelum memukul kepala pemandu menggunakan tukul dan menembak menggunakan senapang angin buatan sendiri.

Menurut pihak polis, usaha menjejaki suspek kini masih dijalankan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*