Rempuh 5 Pemotong Rumput, Pemandu Myvi Berdepan Penjara 10 Tahun & Denda RM2,721

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Susulan kemalangan jalan raya hingga mengorbankan lima orang pemotong rumput di Lebuhraya Asia di Khuhatai, Rattaphum dekat Songkhla didapati pemandu Malaysia yang terbabit didapati memandu tanpa lesen yang sah.

BACA : Adik Pemandu Myvi Rempuh Pemotong Rumput Minta Sumbangan Ikat Jamin Kakaknya Dikecam Netizen

Pemandu wanita, Melinda Susilanini Mohd Azalan didakwa memandu dengan cuai menyebabkan kematian dan kerosakan harta awam dan disebabkan itu dia menghadapi hukuman penjara 10 tahun dan denda tidak lebih 20,000 baht (RM2,721), jika sabit kesalahan.

Menurut Harian Metro, polis Thailand bersetuju mengurangkan ikat jamin daripada 500,000 baht (RM68,000) kepada 200,000 (RM27,000), tetapi wanita yang berusia 31 tahun itu dilarang meninggalkan negara itu sehingga kesnya selesai.

Walaupun ikat jamin telah dikurangkan, wanita berkenaan perlu membayar sagu hati wang tunai 50,000 baht (RM6,764) masing-masing kepada keluarga mangsa menjadikan jumlah sebanyak 250,000 baht (RM33,823).

Malah, dia juga dikenakan denda 200 baht (RM28) kerana memandu tanpa lesen sah.

1 Trackback / Pingback

  1. Kereta Bawa Ketum Rempuh Treler, Penumpang Maut & Pemandu Lari - HOIVIRAL

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*