Pemandu Van Dibelasah Hingga Mati, Suspek Direman 7 Hari

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Hanya kerana tertinggal untuk mengambil anak saudara yang pulang dari sekolah agama, seorang lelaki membelasah pemandu van sehingga mati di Jalan Kampung Sungai Udang, Klang malam tadi.

Mangsa yang dikenali Mohd Izhharuddin Nordin berusia 24 tahun akan berkahwin 20 Februari 2016 ini tidak kesampaian apabila disahkan meninggal dunia di dalam van yang dipandunya.

Sebelum membelasah mangsa, suspek dikatakan terlalu bengang dengan suspek dan bertindak mengekori van yang dipandu mangsa dengan motosikalnya.

Suspek menghampiri van mangsa dan menyuruh mangsa berhentikan van dan berlaku pertengkaran mulut di antara mereka sebelum suspek membelasah mangsa hingga mati.

Suspek yang berusia 29 tahun itu telah berjaya ditangkap oleh pihak polis sejam selepas kejadian itu berlaku dan kes diklasifikasi 302 kanun keseksaan.

GAMBAR MANGSA PEMANDU VAN DIPUKUL HINGGA MATI

(Gambar suspek)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*