Pembunuh 3 Beradik Tidak Gila, Berpunca Daripada Dadah

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Tak sangka pembunuh kejam  tiga beradik semalam adalah rakan baik sejak kecil kepada bapa mangsa sendiri dan bekerja bersama-sama di ladang kelapa sawit.

BACA : 3 Kanak-kanak Adik Beradik Maut Ditetak, Suspek Gila Atau Dadah?

Spekulasi yang mengatakan suspek seorang yang tidak waras adalah tidak benar selepas siasatan awal polis mendakwa suspek di bawah pengaruh dadah semasa melibat parang kepada tiga beradik dan menyebabkan kematian.

Siasatan lanjut ke atas suspek yang merupakan seorang lelaki berusia 35 tahun itu menjurus kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan, iaitu membunuh dengan sengaja.

Dalam kejadian pada 2.30 petang semalam di Kampung Sungai Haji Muhammad, Rungkup, tiga adik beradik iaitu Nurziah Fasihah Mohd Fadzil, Muhammad Firash Zaffril, dan Mumammad Faqhqih Zahirul Haq disahkan maut di tempat kejadian.

Manakala ibu mangsa, Zuraidah Md Ali cedera parah sementara kakak sulung, Nur Zurin Faziera bersama dua lagi penduduk kampung termasuk seorang murid tahun tiga cedera.

Semasa penahanan suspek semalam di kawasan sekolah, seorang anggota polis turut cedera di bahagian tangan apabila suspek melibas parangnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 Trackback / Pingback

  1. Khayal Dadah Bersama Patung Seks, Seorang Lelaki Ditahan - TEHPANAS

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*