Pemilik Honda Cuba Curi Motosikal Sebelum Pukul Pengawal Keselamatan

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Viral di media sosial satu rakaman video pemilik Honda memukul seorang pengawal keselamatan warga Nepal dengan kayu golf kerana tidak puas hati keretanya dikunci tayar.

Pengawal keselamatan bertindak mengunci tayar kerana pemilik Honda Jazz warna kelabu itu meletakkan keretanya di tempat kereta orang kurang upaya (OKU), memetik Harian Metro.

Namun, seorang netizen berkongsikan gambar suspek berusia 24 tahun itu dan rakannya sedang cuba mengumpil kunci sebuah motosikal jenis Yamaha Y15ZR.

Perbuatan suspek dan rakannya mengundang spekulasi cuba untuk mencuri motosikal atau pun sebaliknya, namun tidak diketahui sama ada motosikal tersebut berjaya dicuri atau pun tidak.

Susulan daripada tindakan suspek mencederakan pengawal keselamatan itu, lelaki berasal dari Jertih, Terengganu itu ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Video Pemilik Honda Rambut Kuning Pukul Pengawal Keselamatan Nepal

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*