“Berlagak Nak Mampus…” – Peminat Bengang Fasha Sandha Tolak Permintaan Untuk Berselfie

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Gara-gara permintaan untuk bergambar bersama dengan pelakon Fasha Sandha ditolak, seorang peminat bengang dan memuat naik gambar artis tersebut di Facebook dengan ayat-ayat yang ‘pedas’.

BACA : “Usia Saya Ini Memang Risiko Untuk Hamil” – Fasha Sandha Bidas Dakwaan Umum Awal Punca Gugur

Dalam status yang dimuat naik oleh peminat yang menggunakan akaun Siti Sara itu mendakwa Fasha seorang yang sombong dan berlagak, malah dia mengatakan mahu memboikot dengan tidak akan mengundi Fasha lagi.

“Berlagak nak mampui… piirah… kita nak selfie, buat muka pund*k… cakap tak senang, bz dengan anak-anak…” – tulis Siti Sara di Facebook.

Tidak mahu berdiam diri, Fasha memuat naik screenshot paparan dari Facebook itu dan memuat naik di Instagram miliknya dan menjelaskan apa yang sebenarnya yang terjadi pada masa itu.

Menurut Fasha, dia lebih mementingkan keselamatan anak-anaknya daripada populariti kerana takut terjadi apa-apa sekiranya leka.

Perkongsian Fasha mendapat pelbagai reaksi daripada peminat dan netizen serta rakan selebriti, Nad Zainal, Shuib Sepahtu, Almy Nadia, Fatin Afeefa yang mengatakan tindakan Fasha adalah wajar dan sebagai artis mereka juga perlukan ruang untuk privasi.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*