“Saya Tidak Berniat Untuk Menceraikan Isteri Saya” – Talak PU Abu Rupanya Tidak Sah

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

PU Abu membuat pengakuan bersumpah di hadapan Hakim Syarie Mohd Nurulazhar Mohd Tohar bahawa tidak berniat untuk menceraikan isterinya, Ain ‘Afini Latif ketika menghantar mesej berkenaan melalui WhatsApp Mac lalu.

BACA : PU Abu Beri RM10 Ribu Pada Bekas Isteri Untuk Barang Baby

Hakim Syarie Mohd Nurulazhar menjelaskan talak yang dilafazkan oleh PU Abu ke atas isterinya menerusi WhatsApp adalah tidak sah kerana Abu didakwa tidak berniat untuk bercerai secara total dan faktor keadaan memaksanya berbuat demikian semasa mesej dihantar.

Ain ‘Afini memberitahu mahkamah bahawa mereka yang bernikah hujung Ogos tahun lalu berselisih faham dan bercerai talak satu dengan kebenaran mahkamah pada 28 Januari lalu, sebelum kembali rujuk kira-kira sebulan selepas itu.

Menurut portal MyMetro, Ain ‘Afini memberitahu mahkamah bahawa mereka berselisih faham dan bercerai talak satu dengan kebenaran mahkamah pada 28 Januari lalu, sebelum kembali rujuk kira-kira sebulan selepas itu.

Bagaimanapun pada 11.44 pagi 13 Mac lalu, Ain ‘Afini sekali lagi menerima lafaz cerai menerusi WhatsApp daripada PU Abu yang meninggalkannya di rumah selama seminggu.

“Saya mengakui kesilapan diri dan memohon maaf atas perbuatan saya terhadap isteri selama ini.

“Saya masih sayangkan isteri dan ingin hidup bersamanya. Saya juga bertanggungjawab ke atas anak yang dikandungnya,” – PU Abu.

Dalam prosiding sama, Mohd Nurulazhar turut memerintahkan pasangan itu mendaftar lafaz rujuk cerai mereka pada 23 Februari lalu selepas mendapati lafaz berkenaan adalah sah.

Semasa perbicaraan hendak bermula, PU Abu meminta media dan orang awam di dalam mahkamah supaya tidak mendengar kes perbicaraan berkenaan kerana isu sensitif dan mengaibkan tetapi ditolak oleh hakim.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Trackbacks / Pingbacks

  1. "Kamu Perlu Jaga Isteri & Anak Dalam Kandungan Dengan Elok- elok" - Nasihat Hakim Syarie Kepada PU Abu - TEHPANAS
  2. Patah Balik Untuk Dedahkan Bukti Tambahan, PU Abu Sah Bercerai Talak Dua - TEHPANAS

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*