Pencuri Kepala Motosikal Yamaha Y15 Kantoi, Wajah Jelas Dirakam CCTV

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Semenjak motosikal viral Yamaha Y15ZR ataupun lebih sinonim dengan gelaran ‘Ysuku’ mengeluarkan model yang kedua, kepala motosikal tersebut adalah yang paling berharga dan menjadi perhatian si pencuri.

BACA : Video & Gambar ‘Grabfood Rider’ Selepas Disamun Buat Netizen Menitik Air Mata

Kepala Yamaha Y15ZR model kedua ataupun Y15 V2 memang berharga dan menyebabkan kes kehilangan kepala motosikal tersebut kerap terjadi.

Kepala motosikal tersebut sering menjadi mangsa pencuri yang inginkan kepala Ysuku V2 yang dipercayai berharga sekitar RM1500 untuk satu set.

Menerusi laman Facebook, Zuhairi Ady menceritakan kepala motosikal Yamaha Y15 V2 sepupunya hilang dicuri di kawasan Pasar Segar, Taman Kosas, Ampang.

“Mintak tolong. motor Sepupu Saya kena curi Kepala.. V2 hilang area taman kosas ampang ni sepupu saya Juna Arjuna,” – tulis Zuhairi Ady di Facebook.

Zuhairi memuat naik gambar motosikal sepupunya, Juna Arjuna bersama dengan gambar seorang lelaki yang menjolok kamera CCTV dipercayai pencuri kepala motosikal terbabit.

“Kejadian berlaku di pasar segar taman kosas.. sesiapa yg mengenalinya atau tahu budak nie tggl kat mana, minta tolong pm saya…” – tulis Juna Arjuna di Facebook.

Juna Arjuna turut memuat naik status meminta tolong kepada orang ramai yang mengenali lelaki yang di dalam gambar itu supaya menghubunginya dengan segera.

Video & Gambar ‘Grabfood Rider’ Selepas Disamun Buat Netizen Menitik Air Mata

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*