Pendaftaran & Kemaskini BR1M 2016 Bermula 5 Hingga 31 Disember

05/12/2015

Pendaftaran & kemaskini BR1M 2016 boleh dibuat secara online atau penghantaran permohonan ke LHDN yang terdekat bermula hari ini, 5 sehingga 31 Disember 2015.

Sistem dan cara pendaftaran baru untuk BR1M 2016 masih sama dengan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) sebelum ini, sama ada mengunakan kaedah dalam talian (online) atau menggunakan borang yang boleh didapati di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berhampiran anda.

Cara Pendaftaran & kemaskini BR1M 2016

Cara pendaftaran baru dan kemaskini BR1M kami telah kongsikan kepada anda semasa BR1M 2015 dan jika anda ingin melihat cara yang terperinci untuk membuat pendaftaran BR1M 2016 atau mengemaskini BR1M 2016 anda, anda boleh klik pautan ini.

Cara Menyemak Status Permohonan BR1M 2016

Selepas membuat pendaftaran baru atau mengemaskini BR1M 2016 anda, selepas tamat tarikh pendaftaran dan kemaskini tersebut, anda boleh menyemak status permohonan BR1M 2016 anda sama ada anda layak atau pun tidak untuk menerima BR1M 2016 ini.

Jika anda ingin menyemak status BR1M 2016 anda, anda boleh menyemak status permohonan anda di sini.

Jadual Pembukaan BR1M 2016

Untuk yang membuat pendaftaran baru atau mengemaskini BR1M 2016 di kaunter BR1M di cawangan LHDNM seluruh Malaysia, anda boleh melihat jadual di bawah untuk mengelakkan atau anda boleh mengatur masa anda nanti.

Semoga artikel ini memudahkan anda untuk mendaftar BR1M 2016 atau mengemaskini butir-butir peribadi untuk BR1M 2016 ini.

Setakat ini, jadual pembayaran BR1M 2016 belum lagi dimaklumkan dan kami akan kongsikan maklumat mengenai pembayaran BR1M 2016 nanti.

Oh ya, mungkin BR1M 2017 nanti cara membuat pendaftaran dan kemaskini BR1M 2017 nanti juga sama.

Carian Anda :

Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Terima Kasih.

{ 2 comments… read them below or add one }

shafarulazwa binti abdullah December 6, 2015 at 4:33 pm

Kemaskini brim 2016

Reply

Rosline binti Aiibasa February 15, 2016 at 10:07 am

my brim status lulus since 2 weeks ago..i thought da masuk ke akoun i , when i go atm n cek x masuk lagi almost every day 2 times cek my akoun but hampa huhu so tired again n again being ibu tungal suposed we r 1st to receive bayaran ni orang yg bekerja orang yg senang yg dpt dul.u…..yg oku, ibu tungal, ibu tungal yg lemah sakit x larat gi bank ulang alik cek kesian ,,,i ibu tungal umur 53 tahun dlm 2 mingu ashik cek akaun dan belanje i petrol rm5 da brape …ni da 15hb lulus duit tak masuk akaun lgi….aduhhh

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: