Lelaki Tembak Monyet ‘Baby Sayang’ Ditangkap Polis Bersama Bapa

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Lelaki yang menembak monyet yang tidak mahu menyebut ‘baby sayang’ akhirnya ditahan polis malam tadi di kediamannya di Taman Kenangan, Sitiawan, Perak.

BACA : Tembak Monyet Tak Sebut ‘Baby Sayang’, Polis Buru Si Penembak

BACA : Tangkap Penembak Monyet ‘Baby Sayang’, NGO & Individu Tawar Ganjaran RM4,500

Anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung membuat serbuan di rumah berkenaan 9 malam tadi, lapor MyMetro.

“Dalam serbuan itu, kami menahan dua lelaki iaitu anak beranak selain merampas pistol yang dipercayai digunakan dalam kes berkenaan.

“Kedua-dua tangkapan terbabit dibawa ke IPD Manjung untuk tindakan lanjut,” – Polis

Polis berjaya menahan suspek bersama bapanya serta merampas pistol yang dipercayai digunakan untuk menembak monyet di dalam video yang viral sebelum ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39 Akta Senjata Api 1960 dan Seksyen 428 Kanun Keseksaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 Trackback / Pingback

  1. Remaja Mengaku Menembak Monyet Hanya Untuk Suka-suka - TEHPANAS

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*