“Pengacara Sekarang Banyak Yang Sampah, Buat Lawak Bodoh Ketika Mengacara” – Azwan Haji Ali

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Siapa tidak kenal dengan Azwan Haji Ali yang bermulut laser, setiap komen yang dilemparkan pasti akan panas termasuk komen kepada pengacara sekarang yang dikatakan banyak yang sampah!

BACA : Azwan Ali Punya Sejuta Sebab Kenapa Tidak Melawat Jenazah Ibu

Azwan Ali menerusi majalah Pepatung mendakwa pengacara sekarang tidak seperti pengacara yang sebenar kerana ramai yang tidak mempunyai kredibiliti untuk mengacara. Manakala lambakan pelawak yang menjadi trend mengacara sehingga dijulang habis-habisan oleh stesen televisyen kerana populariti mereka.

“Kebanyakan pengacara sekarang sampah! Biarkan mereka belajar daripada carutan terpaksa ini. Saya perhatikan lambakan bintang yang mengecap populariti mendadak hanya kerana bergelar pengacara. Suka untuk saya mengingatkan bahawa tugas pengacara penuh dengan adab sopan”

“Produk yang ditampilkan sebagai pengemudi acara amat mendukacitakan. Bukan saya saja yang mengkritik, malah masyarakat. Kebanyakan program yang kononnya berprestij cenderung mengutip bintang yang tidak memiliki kepakaran. Mereka diangkat kerana populariti dan faktor rupa semata. – Azwan Haji Ali

Azwan juga mengkritik mengenai sebuah stesen televisyen yang terpaksa menggantung kerja seorang pengacara dan juga seorang pelawak apabila membuat jenaka mengenai nama bapa kepada seorang atlet negara. Siapa lagi kalau bukan isu Ammar dalam rancangan Sukan Tak Sentral itu.

“Begitu juga dengan bintang komedi yang mendominasi rancangan selaku pengacara. Memang mereka lucu dalam penyampaian, tetapi perlu berpada-pada. Ramai membuat lawak bodoh ketika siaran langsung. Bayangkan ketua pegawai eksekutif stesen TV terpaksa terbang jauh demi memohon maaf secara terbuka disebabkan kesilapan seorang pengacara” – Azwan Haji Ali

Walaupun komen dan kritikan agak ‘pedas’, namun Azwan tidak lupa mengingati kepada pengacara bahawa tugas seorang pengacara seharusnya penuh dengan adab dan sopan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*