Penjelasan Herman Tino Akui Menumpang Populariti Aiman Tino Selepas Hafiz Suip

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Herman Tino sering didakwa menumpang populariti Aiman Tino oleh segelintir pihak sebelum ini tampil memberi penjelasan mengenai spekulasi tersebut.

Herman Tino tidak berkecil hati dengan dakwaan tersebut, malah mengaku yang dirinya sememangnya menumpang populariti Aiman Tino sekaligus telah memberi publisiti kepadanya.

“Dahulu ketika nama sudah tenggelam saya muncul dalam muzik video Hafiz iaitu Awan Nano dan nama Herman Tino itu kembali popular.

“Sekarang orang kaitkan saya dengan Aiman Tino pula tetapi saya tidak melihat ia sebagai suatu yang negatif.

Apabila orang mengaitkan kami sebenarnya saya mendapat keistimewaan selain publisiti kerana nama saya kembali disebut-sebut peminat,” – Herman Tino.

Herman Tino juga mengatakan pernah bertemu dengan Aiman Tino dan menyifatkan penyanyi itu mempunyai bakat besar dan menghormati orang tua.

“Saya tidak sangka Aiman kecil molek sahaja orangnya dan pada pertemuan kami sempat kami berbual-bual.

“Dia seorang yang hormatkan orang tua dan mempunyai bakat besar walaupun badannya yang kecil,” – Herman Tino.

Sekiranya Herman Tino digandingkan dalam sebuah lagu duet atau persembahan pentas suatu hari nanti, dia tidak sesekali akan menolak kerana artis seperti Aiman Tino sering menyemarakkan industri muzik.

ArtisBuzz : Aiman Tino memang popular tahap Gaban, tapi bila nyanyi live… ke laut China Selatan… Ahaks!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Trackbacks / Pingbacks

  1. “Saya Hanya Kenakan RM10 Ribu Untuk 3 Lagu Untuk Setiap Persembahan” – Aiman Tino
  2. "Saya Hanya Kenakan RM10 Ribu Untuk 3 Lagu Untuk Setiap Persembahan" - TEHPANAS

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*