“Aku Tak Akan Bagi Duit Percuma Kat Kau Melayu Bodoh” – Penumpang Hina Melayu & Islam, Pemandu Grab Buat Laporan Polis

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Seorang pemandu Grab, Murshid, 37 tahun telah membuat laporan polis apabila seorang penumpang yang membatalkan tempahan Grab menghina Melayu dan Islam pada 9.56 malam, semalam.

BACA : Ramas Dada & Cium Tangan Pemandu Grab Wanita, 2 Lelaki Warga Asing Dibelasah

Menurut Facebook Suzie Ahmad, bekas kakak ipar Murshid, Kejadian berlaku apabila dia menerima tempahan daripada penumpang lelaki Cina yang bernama Mac di Jalan 51A/225 Seksyen 51 A, Petaling Jaya untuk pergi ke Damansara yang terletak kira-kira 3 kilometer dari lokasi Murshid.

Laporan MyMetro mengatakan, semasa dalam perjalanan ke lokasi lelaki tersebut, Murshid terkejut kerana menerima mesej yang menghina Melayu dan Islam daripada lelaki Cina itu.

Screenshot daripada Facebook Suzie Ahmad

‘Dumb idiot, I am not gonna give you free money Melayu bodoh,

Die in Hell, Allah bodoh’ – tulis lelaki itu di mesej Grab

Apabila tiba di lokasi, Murshid dapati ada dua individu, masing-masing lelaki dan wanita, dalam kereta Toyota Vios dan dia bertanya kepada lelaki berusia lingkungan 20-an terbabit sama ada dia membuat tempahan dan menghantar mesej itu atau sebaliknya.

Mesej melalui sistem Grab yang menghina Allah dan Melayu, gambar lelaki Cina Mac

“Pada mulanya dia menafikan tetapi selepas didesak akhirnya mengaku dia adalah individu yang membuat tempahan Grab menggunakan nama Mac terbabit dan menghantar mesej berkenaan.

“Kawan wanita yang ada bersamanya cuba mententeramkan keadaan supaya tidak berlaku pergaduhan dan susulan itu saya beredar dari situ,” – Murshid.

Susulan kejadian itu, Murshid terus membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, pada 1.22 pagi tadi dan lelaki itu turut membuat laporan polis juga.

Laporan polis mengenai penghinaan Melayu dan Islam yang dibuat oleh Murshid

Murshid berharap pihak polis dapat mengambil tindakan sewajarnya kerana individu terbabit melemparkan kata-kata kesat dan turut membuat penghinaan kepada Melayu dan Islam.

Carian Anda :

4 Trackbacks / Pingbacks

  1. Suspek Buat Live Video di Facebook Selepas Bunuh Pemandu Grab - TEHPANAS
  2. Hina Islam & Kematian Arwah Muhammad Adib, Chow Mun Fai Dipenjara 30 Bulan - HOIVIRAL
  3. Hina Islam & Arwah Muhammad Adib, Chow Mun Fai Dipenjara 30 Bulan - HOIVIRAL
  4. Hina Islam & Arwah Muhammad Adib, Chow Mun Fai Dipenjara 30 Bulan - HOIMEDIA

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*