Penumpang Terminum Air Kencing Pemandu ‘Uber China’ Disangka Air Minuman Percuma

13/10/2018

Seorang penumpang yang menaiki perkhidmatan ‘Uber China’ yang dikenali sebagai DiDi terminum air kencing pemandu yang diletakkan di dalam air botol minuman percuma.

Menurut laporan Next Shark, penumpang yang hanya dikenali sebagai Sun berkata, ketika itu dia terasa dahaga lalu mengambil botol air kencung yang diletakan di ruang penyimpan botol minuman.

Sun yang pernah menggunakan perkhidmatan DiDi sebelum ini mengatakan setengah pemandu menyediakan minuman percuma untuk penumpang mereka.

Tetapi sebaik sahaja meneguk air yang disangkakan air minuman itu, Sun tersedar air yang diminumnya itu bukan air minuman biasa.

Pemandu itu kemudian merayu agar Sun tidak melaporkan kejadian itu dan menawarkan wang sebagai pampasan bagi menutup kes itu.

Namun, Sun berkeras dan menolak tawaran tersebut serta terus membuat aduan mengenai insiden itu kepada pihak DiDi.

Pihak DiDI kemudian mengeluarkan kenyataan permohonan maaf secara terbuka kepada Sun.


Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Terima Kasih.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post: