Marah Kena Hon, Penunggang Motosikal Pecahkan Cermin Kereta Ala-ala Gangster

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Seorang penunggang motosikal bertindak ganas dengan memecahkan cermin hadapan sebuah kereta kerana berang dengan pemandu kereta yang membunyikan hon.

BACA : Kereta Masuk Simpang Tak Bagi Signal, Penunggang Motosikal Putus Jari & Patah Kaki Serta Tangan

Menerusi rakaman video berdurasi 2 minit 20 saat yang tular di laman media sosial itu, kejadian kira-kira pukul 5.51 petang Selasa lalu berlaku ketika mangsa sedang memandu tetapi laluannya dihalang oleh penunggang tersebut.

Penunggang motosikal tersebut berbual dengan seorang lagi penunggang lain yang dipercayai rakannya dan tidak menghiraukan kenderaan di belakang mereka menyebabkan pemandu tersebut membunyikan hon.

Berang kerana dibunyikan hon, penunggang motosikal VBD 5494 itu terus mengejar kereta mangsa dan berhenti secara mengejut serta menghalang kereta tersebut sambil memegang topi keledar.

Akibat berhenti secara mendadak, kereta tersebut terlanggar belakang motosikal terbabit dan penunggang motosikal yang berkepala botak itu terus memecahkan cermin hadapan kereta tersebut dengan menggunakan topi keledar.

Video penunggang motosikal pecah cermin kereta sebab kena hon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Trackbacks / Pingbacks

  1. Samseng Botak Pecah Cermin Kereta Ditangkap Polis, Motosikal & Helmet Dirampas - TEHPANAS
  2. Hukuman Penjara 12 Bulan, Samseng Botak Berhari Raya Dalam Penjara - TEHPANAS

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*