Peragut Kantoi Dirakam Youtuber, Ragut Rantai Wanita Depan Sogo

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Seorang lelaki secara tidak sengaja merakam satu kejadian seorang wanita diragut oleh seorang penunggang motosikal di hadapan kompleks Sogo.

Kejadian itu dirakam oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Imran Hakim semasa dia tengah merakam video untuk vlog dan dipercayai berlaku semalam (Jumaat).

Kejadian pantas itu betul-betul berlaku di hadapan Imran di lintasan pejalan kaki hadapan bangunan tersebut yang menyaksikan penunggang motosikal itu meragut rantai emas yang dipakai wanita itu.

Perkongsian video ragut oleh Imran Hakim di Facebook

Rakaman video itu berjaya merakam dengan jelas motosikal peragut yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC 135, nombor pendaftaran WC643R.

Lagak si peragut terbabit seolah-olah seperti runner yang membawa barang di bahagian pembonceng dan aksinya sangat pantas seperti sudah biasa melakukan perkara tersebut.

Sumber : FB Imran Hakim

Video peragut dirakam Youtubers hadapan SOGO

1 Trackback / Pingback

  1. (Gambar) Ibu Buat Laporan Polis, Anak Dibelasah Selepas Kantoi Ceroboh Kedai Runcit

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*