Cuba Meragut Seorang Wanita, Peragut Kena ‘Kenduri’ Orang Ramai

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Seorang lelaki dipukul oleh orang ramai menggunakan kerusi apabila cuba meragut seorang wanita sekitar jam 9 pagi tadi.

Kejadian yang berlaku berhampiran dengan No 6 Kopitiam, Jalan Song, Kuching disaksikan orang ramai dan tidak mahu ketinggalan melepaskan geram terhadap peragut itu.

Peragut yang berusia 25 tahun dan berasal dari Kampung Tabuan Ulu, Kuching, Sarawak itu pada mulanya cuba meragut seorang wanita, namun dihalang oleh orang ramai yang berada di situ.

Video berdurasi 2 minit 2 saat memaparkan peragut tersebut cuba melarikan diri dengan menggunakan motosikal miliknya apabila dikepung oleh orang ramai.

Namun dia gagal untuk naik di atas motosikal menyebabkan dia terpaksa berlari untuk melarikan diri tetapi terjatuh.

Dia terus dipukul dengan menggunakan kerusi dan disepak serta diterajang oleh orang awam yang kebetulan berada di situ.

Abang kepada mangsa, Fabian Ulatanah berkongsi gambar peragut menerusi laman Facebook miliknya dan mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang membantu adiknya daripada menjadi mangsa ragut.

“Terima kasih kepada orang awam yang menolong, Tuhan sahaja yang dapat membalas budi anda semua…” – tulis Fabian di Facebook.

Peragut yang diikat kedua-dua tangan dengan menggunakan bajunya sendiri telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Video peragut ‘dikenduri’ orang ramai

 

2 Trackbacks / Pingbacks

  1. Dipelawa Naik Kereta, Mata Warga Emas Dililit Pelekat Sebelum Disamun - HOIVIRAL
  2. "Call 999 Tapi..." - Keluarga Diserang Perompak Ganas, Wanita Bengang Respon Operator 999 - HOIVIRAL

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*