Perancang Utama Kes Bakar Tahfiz Dibawa Ke Lokasi

21/09/2017

Seorang daripada tujuh suspek iaitu perancang utama kes membakar pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat dibawa oleh pihak polis ke lokasi kejadian pagi tadi.

BACA : Gambar 7 Suspek Bakar Pusat Tahfiz Tersebar

Suspek yang berusia 16 tahun itu dibawa oleh pegawai dan anggota polis ke lokasi kejadian pada jam 11.50 pagi dibawa masuk ke dalam pusat tahfiz seterusnya menuju ke bahagian belakang untuk membongkar situasi yang berlaku pada hari kejadian 14 September lalu.

Selepas itu, suspek  menuju ke tingkat atas dan dibawa keluar dari pusat tahfiz itu pada jam 12.54 tengah hari.

Siasatan terperinci masih dijalankan oleh pihak polis dan dengar cerita, ibu bapa suspek akan turut didakwa.

Carian Anda :

Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Terima Kasih.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post: