Perangai Sebenar Lee Kwang Soo Didedahkan Oleh Sung Doo II

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Siapa tidak kenal dengan perangai suka menyakat rakan-rakan dan sikap lucu selebriti Lee Kwang Soo apabila berada di dalam program variasi Running Man yang melonjakkan namanya di persada seni.

BACA : Running Man, Program Popular Korea Tambah Dua Ahli Baru

Namun, pelakon Sung Dong ll mendedahkan sikap sebenar Lee Kwang Soo di luar kaca televisyen dan secara realiti amat berbeza apabila berada di dalam program variasi Running Man.

Menerusi laporan Soompi, Sung Dong ll berkata perwatakan Lee Kwang Soo sangat berbeza apabila muncul di program variasi dan secara realiti.

“Dalam kehidupan realiti, Lee Kwang Soo sebenarnya seorang yang tidak banyak bercakap. Selalunya dia hanya akan ucapkan terima kasih sahaja.

“Perwatakannya sangat berbeza apabila muncul di program variasi. Bila waktu cuti, dia akan bersenam dan berjumpa dengan beberapa rakan artis lama,” – Sung Dong ll.

Tetapi, rakan-rakan Lee Kwang Soo yang di dalam Running Man, Yoo Jae Suk, Song Ji Hyo, HaHa, Lee Kwang Soo, Ji Seok Jin, Kim Jong Kook, Kang Gary, Yang Se Chan dan Jeon So Min tidak pula memberitahu perangai atau sikap Lee Kwang Soo sedemikian di luar set penggambaran.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*