“Perempuan Bertudung Inilah Yang Ragut Rantai Anak Saya”

23/05/2017

Banyak kita dengar dan lihat kes kanak-kanak perempuan yang diragut rantai emas semasa di pasar raya ataupun di tempat yang sibuk.

Inilah yang terjadi kepada seorang kanak-kanak perempuan yang menjadi mangsa ragut seorang wanita bertudung didakwa ramai yang sudah menjadi mangsanya.

Jika dilihat di dalam video di bawah, sebelum meragut rantai, wanita tersebut memperdayakan mangsanya di pasaraya GM Klang Taman Botani ketika ibu mangsa sedang membelek baju di ruangan pakaian di pusat beli belah itu.

“Sedang saya membelek baju, tiba-tiba anak menangis dan lehernya pula merah. Lalu dia tunjukkan kepada saya seorang wanita di kedai sebelah.

“Saya terus bertanya kepada wanita itu sama ada dia telah meragut rantai anak saya namun dia menafikan,” – Aimi Filzah (ibu mangsa).

Ibu mangsa terus membawa wanita itu ke belakang premis dan memeriksa seluruh badannya termasuk beg tangan yang dibawa namun hampa tidak menjumpai rantai emas milik anaknya.

“Saya tidak temui apa-apa namun saya masih curiga dengan reaksi wanita itu lalu saya meminta pekerja premis untuk membuka CCTV dan dia masih menafikan.

“Anak saya pula terus menangis dan menunjuk ke arah wanita itu, dan apabila saya melihat reaksi wanita itu, saya dapati rantai anak saya betul-betul berada di bawah kakinya, iaitu di lantai tempat wanita itu berdiri.

“Lalu saya mengambil rantai itu dan menggesa pekerja memanggil pihak sekuriti,” – Aimi Filzah.

Bukan sahaja gambar suspek dimuat naik oleh ibu mangsa di laman sosial Facebook, video rakaman CCTV juga dimuat naik dan jelas kelihatan suspek memperdayakan anaknya sebelum meragut rantainya.

“Ini bukan kali pertama dia melakukanya. Saya juga jumpa rakaman cctv dia meragut rantai kanak kanak lain tahun lepas,” Aimi Filzah.

Kepada ibu bapa di luar sana, jangan leka semasa membeli belah terutamanya musim perayaan nanti dengan jualan-jualan yang murah dan hebat sampaikan anak entah ke mana.

VIDEO BUDAK PEREMPUAN KENA RAGUT RANTAI DI PUSAT BELI BELAH

Perempuan Ragut Rantai Budak Kecik di GM Klang Taman Botani

Perempuan Ragut Rantai Budak Kecik di GM Klang Taman Botani : Info Lanjut : www.tehpanas.com

Posted by TEHPANAS on Monday, 22 May 2017

Carian Anda :

Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Terima Kasih.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post: