Nafi Pernah Lakukan Hubungan Seks, Perempuan Pijak Al-Quran Ditahan Polis

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Susulan rakaman video seorang remaja perempuan memijak al-Quran viral di aplikasi WhatsApp dan laman media sosial, empat suspek termasuk pelaku memjika kitab suci itu ditahan oleh pihak polis di sekitar Tanah Merah sejak semalam sehingga 2 pagi, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Azmi Abu Kassim memberitahu pihaknya menerima laporan daripada kakak seorang suspek yang melihat video viral itu di aplikasi WhatsApp.

“Susulan laporan itu, operasi dijalankan dan polis menahan empat suspek perempuan termasuk yang memijak kitab dan perakam video di Tanah Merah.

“Mereka kemudian dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut,” – jelas Datuk Azmi Abu Kassim kepada Harian Metro.

Punca Sebenar Remaja Perempuan Pijak Al-Quran

Menurut sumber, suspek yang berusia 17 tahun itu mengaku memijak al-Quran kerana dipaksa dan diugut oleh dua orang rakannya.

Suspek diugut oleh dua rakannya yang berusia 18 tahun itu untuk mengetahui adakah suspek pernah melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya.

Suspek menafikan perkara tersebut dan dua rakannya itu telah memaksa suspek melakukan sumpah dengan cara memijak al-Quran yang dibawa oleh rakannya bagi mengukuhkan penafian tersebut.

Disebabkan itu, suspek memijak al-Quran demi membuktikan yang dia tidak pernah melakukan seks dengan teman lelakinya.

1 Trackback / Pingback

  1. (Video) "Anak Saya Lurus Bendul" - Bapa Remaja Pijak Al-Quran Beri Penjelasan Sebenar

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*