Periksa Telefon Suami, Isteri Boleh Didenda Lebih RM 500 Ribu & Denda Setahun

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Hati-hati kepada para isteri kerana memeriksa telefon bimbit milik pasangan anda tanpa pengetahuan mereka adalah satu jenayah dan anda boleh berdepan dengan hukuman penjara serta denda sebanyak 500,000 Riyal (RM 557,961.80).

Inilah yang terjadi di Arab Saudi, suami atau pun isteri yang ditangkap memeriksa telefon bimbit pasangan mereka dengan tujuan untuk membuktikan bahawa pasangan mereka berlaku curang boleh dikenakan hukuman penjara selama setahun, atau denda 500,000 Riyal (RM 557,961.80), ataupun kedua-duanya sekali.

Menurut Arab News, jika seseorang itu hanya memeriksa kandungan yang terdapat dalam telefon bimbit tersebut dan tidak menghantarnya atau merakam apa-apa informasi, hukuman yang dikenakan terhadap mereka akan diringankan.

Abdul Aziz bin Batel, seorang peguam dan penasihat undang-undang menjelaskan apa-apa jenayah yang membabitkan penggunaan komputer, telefon bimbit, serta kamera termaktub di bawah akta jenayah siber dan akan dikenakan hukuman terhadap si pelakunya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*