Permohonan Baharu Dan Kemaskini BR1M 2017 Secara Online Dan Penghantaran Borang Permohonan

06/12/2016

Mungkin semua sedia maklum dengan Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2017 (BR1M 2017) akan mendapat pengagihan yang lebih lumayan berbanding dengan BR1M yang sebelum ini.

Permohonan Baharu dan Kemaskini BR1M 2017 Secara Online dan Penghantaran Borang Permohonan

Namun seperti biasa, bagi pemohon yang baru atau yang telah menerima BR1M sebelum ini perlulah mengemaskini permohonan mereka sama ada melalui dalam talian (online) atau penghantaran permohonan borang kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia bermula pada 5 Disember 2016 sehingga 31 Disember 2016.

Untuk permohonan baharu atau untuk kemaskini BR1M 2017 ini, caranya masih sama dengan BR1M sebelum ini dan kami telah memberi tutorial cara mudah untuk kemaskini BR1M 2017 di dalam artikel ini. (Klik di sini)

Jika anda tidak mempunyai komputer ataupun laptop, jangan risau sebab anda boleh mengemaskini BR1M 2017 anda menggunakan handphone, smartphone atau tablet anda dengan cara yang telah kami tunjukkan.

[KLIK : Cara Kemaskini BR1M 2016 Menggunakan Smartphone, iPad & Tablet]

Permohonan Baru dan Kemaskini BR1M 2017 Secara Online Perlu Menghantar Dokumen Yang Diperlukan

Berbeza dengan BR1M sebelum ini, BR1M 2017 memerlukan semua dokumen yang diperlukan dihantar ke Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau kaunter BR1M yang terdekat walaupun anda telah membuat permohonan atau mengemaskini melalui dalam talian (online).

Salinan dokumen yang perlu dikemukakan bersama borang permohonan baru dan permohonan kemaskini adalah seperti berikut :

  1. Kad Pengenalan Pemohon
  2. Kad Pengenalan / Pasport Suami/Isteri (jika berkenaan)
  3. Sijil Lahir dan MyKid/MyKad Tanggungan (jika berkenaan)
  4. Slip gaji bulan Ogos dan September (Gaji Kasar) / Penyata Pencen
  5. Sijil Cerai / Sijil Kematian Pasangan (jika berkenaan)
  6. Dokumen lain yang berkaitan

Jangan ambil mudah dengan syarat BR1M 2017 yang semakin ketat ini kerana borang permohonan yang tidak lengkap dan tanpa dokumen yang lengkap, permohonan BRIM anda akan berakhir.

Jadual Pembayaran BR1M 2017 mengikut kategori dan peringkat

Kategori 01 – Bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah, masing-masing akan menerima BR1M 2017 sebanyak RM1,200 yang akan dimasukkan ke dalam akaun bank pada Februari 2017, Jun 2017 dan Ogos 2017 sebanyak RM400 setiap bulan.

Kategori 02 – Manakala isi rumah berpendapatan bulanan RM3,001 hingga RM4,000, mereka hanya akan menerima BR1M 2017 sebanyak RM900 yang akan diagihkan sebanyak RM300 pada Februari 2017, Jun 2017 dan Ogos 2017.

Kategori 03 – Untuk individu (bujang) berpendapatan bulanan sebanyak RM2,000 dan ke bawah, pada Februari 2017 mereka akan menerima BR1M 2017 sebanyak RM450 sahaja dan tiada lagi pengagihan pada bulan-bulan seterusnya.

Carian Anda :

Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Terima Kasih.

Previous post:

Next post: