Permohonan Baharu & Kemaskini BR1M 2018 bermula 27 November 2017 Sehingga 31 Disember 2017

20/11/2017

Berita paling baik abad ini yang dinanti-nantikan oleh ramai warganegara Malaysia setiap hujung dan awal tahun, apa lagi kalau bukan berita mengenai Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).

Untuk tahun 2018, kerajaan telah memperuntukkan BR1M 2018 jumlah yang sama dengan BR1M 2017 yang lepas iaitu RM450, RM900 dan RM1200 mengikut kategori yang ditetapkan.

Tarikh permohonan baharu dan kemaskini BR1M 2018

Mengenai permohonan baharu kepada yang baru hendak memohon BR1M 2018 atau untuk mengemaskini data peribadai BR1M 2018 kepada pemohon yang telah menerima BR1M sebelum ini, anda boleh membuat permohonan atau kemaskini bermula pada 27 November 2017 sehingga 31 Disember 2017.

Pemohon juga dinasihatkan untuk mengisi borang kemaskini BR1M 2018 dengan lengkap dan jangan biarkan ruang kosong kerana ianya adalah salah satu sebab permohonan anda tidak diterima atau lambat untuk menerima BR1M pada tarikh yang sepatutnya.

Pemohon yang tidak lulus SSM perlu membuat permohonan baharu

Kepada pemohon yang tidak lulus SSM yg hanya dapat RM700 tahun 2017 dan tidak membuat rayuan khas pada Julai 2017 yang lalu, anda perlulah membuat permohonan baharu.

Manakala pemohon-pemohon yang sudah menerima beratus kali BR1M sebelum ini, dan tidak mengemaskini sejak BR1M 2014, anda juga perlu membuat permohonan baharu. Ingat, permohonan baharu ya, bukan kemaskini data peribadi sahaja!

Okay, kalau pemohon/pasangan/tanggungan yang berdaftar dengan SSM tetapi perniagaan tidak aktif digalakkan untuk tamatkan SSM anda dan dokumen penamatan perlu disertakan bersama borang kemaskini / permohonan baharu. Oh ya, tidak termasuk Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan ya!

BR1M 2018 kali ini agak berbeza kerana pemohon tidak akan menerima surat rasmi mengenai pemberitahuan BR1M 2018 sebaliknya hanya menerima pamplet / brochures / risalah mengenai BR1M 2018 dan borang permohonan / kemaskini perlu diambil di LHDN terdekat bermula 27 November 2017.

Jadual & jumlah pembayaran BR1M 2018

Kategori 1 (Individu) iaitu individu yang berpendapatan bulanan sebanyak RM2,000 dan ke bawah akan menerima RM450 pada Februari 2018.

Kategori 2 iaitu isi rumah berpendapatan RM3,001 sehingga RM4,000 akan menerima RM300 pada Februari 2018, Jun 2018 dan Ogos 2018.

Kategori 3 pula iaitu isi rumah berpendapatan RM3,000 dan ke bawah akan menerima RM400 pada Februari 2018, Jun 2018 dan Ogos 2018.

Waktu operasi kaunter BR1M 2018 mengikut lokasi negeri :

Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang

Kaunter dibuka : 8.30pg – 5.00 ptg (Isnin – Jumaat)
Kaunter dibuka : 9.00pg – 4.00ptg (30 & 31 Dis 2017 *minggu akhir Sabtu & Ahad)

Kedah, Kelantan, Johor, & Terengganu

Kaunter dibuka : 8.30pg – 5.00ptg (Ahad – Rabu)
Kaunter dibuka : 8.30pg – 3.30ptg (Khamis)
Kaunter dibuka : 9.00pg-4.00ptg (29 & 30 Dis 2017 *minggu akhir Jumaat & Sabtu)

Sabah & Sarawak

Kaunter dibuka : 8.00pg – 4.00ptg (Isnin – Jumaat)
Kaunter dibuka : 9.00pg – 4.00ptg (30 & 31 Dis 2017 *minggu akhir Sabtu& Ahad)

*PERINGATAN! Tiada kaunter yang akan dibuka pada CUTI UMUM

Aplikasi Mobile BR1M untuk Android (Google Play) dan iOS (App store)

Sekarang ni sangat mudah untuk membuat semakan secara online kerana hanya memuat turun aplikasi yang disediakan khas untuk penerima BR1M iaitu aplikasi Mobile BR1M.

Aplikasi Mobile BR1M ini boleh dimuat turun oleh pengguna gajet atau smartphone platform Android (Google Play) dan platform iOS (App store).


Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Terima Kasih.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post: