Pertandingan Perak Muda Medalist Dancesport Championship Memalukan, KPM Sangat Kecewa

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Video dan gambar yang viral sejak semalam yang memaparkan wanita berpakaian seksi sedang menari dalam satu program yang didakwa anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengundang kecaman netizen.

Pertandingan Perak Muda Medalist Dancesport Championship itu yang diadakan di hotel di Perak adalah anjuran Malaysia United Dancesport Association (MUDA) dan bukanlah anjuran KPM seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Malah, KPM turut kecewa tindakan penganjur yang tidak mematuhi syarat-syarat ditetapkan dan menggunakan logo KPM bagi kategori dewasa tanpa kebenaran sehingga menjadi tular di media sosial.

Menurut KPM, mereka hanya memberikan kebenaran penyertaan dalam kategori murid sekolah dalam surat kelulusan kepada MUDA dan menggariskan tatacara pemakaian yang perlu dipatuhi oleh murid yang menyertainya.

KPM menjelaskan lagi, penganjur sudah mengeluarkan kenyataan media semalam memohon maaf atas kecuaian menggunakan logo KPM dan KPM menegaskan KPM tidak lagi akan terbabit dalam apa juga program dianjurkan oleh MUDA.

Gambar serta video di FB itu dipercayai dimuatnaik seorang daripada peserta program yang kemudiannya sudah memadamkan hantaran berkenaan.

Beberapa netizen yang memuatnaik semula gambar serta status peserta berkenaan turut mempersoalkan KPM yang menganjurkan program berkenaan.

Sumber : Harian Metro

1 Trackback / Pingback

  1. Jual Isteri RM586 Di Facebook, Demi Biaya Persekolahan Anak - HOIVIRAL

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*