Anggota Polis Buli & Rakam Zamani Slam Menyanyi Diambil Tindakan Tegas

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Susulan isu video Zamani Slam dipaksa menyanyi dalam keadaan bergari semasa dalam tahanan pihak polis ternyata memberi impak yang besar kepada masyarakat Malaysia sekaligus Ketua Polis Negara, Tan Sri  Khalid Abu Bakar menyuarakan akan mengambil tindakan tegas kepada anak buahnya yang memaksa dan merakam Zamani Slam menyanyikan lagu Gerimis Mengundang itu.

Perkara itu dimaklumakn sendiri oleh Ketua Polis Negara di laman sosial twitter rasmi miliknya @KBAB51 yang berbunyi :

@PDRMsia akan siasat dan ambil tindakan tegas terhadap org yg merakam dan muat naik video Zamani nyanyi semasa bergari.

Ramai yang tidak puas hati di atas tindakan individu yang menyebarkan video Zamani Slam yang menyanyi seolah-olah mengaibkan penyanyi yang cukup popular suatu ketika dahulu.

Kita tunggu dan lihat bagaimana PDRM akan menyelesaikan isu anggota polis yang merakam & menyebarkan video Zamani Slam dipaksa menyanyi ini.

Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*