Polis Tetap Buru Lelaki Tayang Kemaluan Walaupun Mangsa Tidak Mahu Panjangkan Kes

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Susulan daripada aksi seorang lelaki yang menunjukkan kemaluannya di pasar raya Tesco di Bandar Baru Medan Ipoh semalam membawa padah apabila mangsa yang merupakan wanita berusia 22 tahun membuat laporan polis.

BACA : “Sangap Anjirnya…” – Wanita Rakam Aksi Pekerja Tesco Melancap Depan Kereta

Laporan semalam mendedahkan seorang wanita merakam dan memuat naik video yang memaparkan lelaki lingkungan 40-an menunjukkan kemaluannya di hadapan mangsa.

“Siasatan mendapati tiada saksi dan kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian tetapi mangsa sempat merakam perbuatan itu menggunakan telefon bimbitnya.

“Suspek tidak menyentuh mangsa dan hanya berada di luar kereta. Mangsa juga ada bertanya kepada pekerja pasar raya berkenaan yang memaklumkan suspek adalah seorang yang kurang siuman dan tidak bergaul dengan orang lain,” – jelas Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz kepada Harian Metro.

Walaupun mangsa tidak mahu memanjangkan kes, namun siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan polis akan mengesan suspek bagi siasatan lanjut.

“Sangap Anjirnya…” – Wanita Rakam Aksi Pekerja Tesco Melancap Depan Kereta

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*