Penarik Kereta Lakukan Pemerasan, Tiga Lelaki Diburu Polis

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Sebuah video viral semalam di laman Facebook memaparkan tindakan seorang lelaki penarik kereta ditenangkan oleh anggota polis.

BACA : Pemilik Sembur Penarik Kereta Guna Penyembur Serangga

Namun, tiga orang penarik kereta itu dipercayai cuba melakukan pemerasan terhadap seorang wanita kerana didakwa mempunyai tunggakan bayaran kereta  di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur, Jumaat lalu.

Menurut polis, dalam kejadian jam 3 petang itu, mangsa yang merupakan seorang wanita berusia 32 tahun itu telah menerima panggilan daripada satu nombor peribadi memintanya mengalihkan keretanya yang menghalang lalu lintas di MITEC, lapor Sinar Harian.

Sebaik wanita itu tiba di kereta, beliau dimaklumkan oleh tiga lelaki yang berada di situ bersama sebuah lori tunda bahawa keretanya mempunyai tunggakan bayaran pada bank selama 19 bulan dan cuba untuk menarik kereta tersebut.

“Cubaan mangsa untuk menghubungi pihak bank telah dihalang oleh ketiga-tiga suspek dan pihak polis yang tiba tidak lama kemudian telah mengarahkan kesemua mereka untuk pergi ke balai polis bagi membuat laporan,” – Polis.

Bagaimanapun, ketiga-ketiga penarik kereta itu tidak datang ke balai polis berdekatan bagi membuat laporan polis.

Wanita itu turut mendakwa bahawa tidak pernah menerima sebarang notis tunggakkan atau sebarang perintah pemilikan semua daripada pihak bank.

Polis menjelaskan lagi, butiran ketiga-tiga suspek itu telah diperolehi dan usaha mengesan serta menangkap mereka sedang giat dijalankan.

Video penarik kereta lakukan pemerasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*