Tembak Monyet Tak Sebut ‘Baby Sayang’, Polis Buru Si Penembak

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Video yang tular di laman sosial memaparkan seorang lelaki menembak seekor monyet gara-gara tidak mahu menyebut ‘baby sayang’.

Rakaman tersebut memakan diri sendiri apabila polis mengarahkan penangkapan lelaki terbabit kerana didakwa melanggar dua peraturan.

“Dari segi penyalahgunaan senjata api, seseorang individu yang memiliki lesen tidak boleh sewenang-wenang melepaskan tembakan. Setiap tembakan, walaupun sebutir peluru perlu diisytiharkan.

“Bagi kesalahan kedua, kita tidak dibenarkan untuk membunuh binatang kerana ia dikira sebagai menganiaya seperti kes lelaki yang memasukkan kucing ke dalam mesin pengering yang berlaku September tahun lalu,” – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed

Datuk Huzir Mohamed menjelaskan lagi, suspek boleh disiasat mengikut Seksyen 39 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana membunuh haiwan, lapor MyMetro.

“Berdasarkan rakaman itu, kejadian dipercayai berlaku di negara ini berdasarkan bahasa digunakan, namun kami perlu memastikan lokasi sebenar kejadian itu,” – Datuk Huzir Mohamed.

Pihak polis akan meneliti video berkenaan dan menyiasatnya sebelum mengesan lelaki yang bertanggungjawab membunuh haiwan itu.

Video monyet kena tembak gara-gara tak sebut ‘Baby Sayang’

Klik sini untuk tonton video

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Trackbacks / Pingbacks

  1. (Video) Tangkap Penembak Monyet 'Baby Sayang', NGO & Individu Tawar Ganjaran RM4,500
  2. Penembak Monyet 'Baby Sayang' Ditangkap Polis Bersama Bapa - TEHPANAS

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*