Polis Buru Si Pengotor Lumur Najis Manusia Dalam Lif, Hukuman Penjara Satu Tahun

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Susulan kes melumurkan najis manusia dalam sebuah lif Blok D Pangsapuri Taman Medan Jaya, Petaling Jaya, Selangor, polis kini giat memburu individu yang melakukan perbuatan yang menjijikan itu.

BACA : Dadah Punya Pasal, Lelaki Ini Terberak & Pengsan Atas Tahi Sendiri

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pukul 10.27 pagi, pada Rabu.

“Suspek dipercayai penduduk flat tersebut dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sedang diteliti.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu melakukan khianat yang memperuntukkan hukuman penjara minimum satu tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan,” – Mohd Zani Che Din.

Seorang penduduk memberitahu, pada mulanya dia menyangka bau busuk dalam lif itu disebabkan air keluar daripada bungkusan sampah yang mahu dibuangnya, namun dia tidak menyangka ada pihak tidak bertanggungjawab melumurkan najis manusia di semua butang lif berkenaan.

Gambar butang lif yang dilumur dengan tahi manusia

Memtik Harian Metro, Ketua blok apartment itu, Mohd Zuhdi Mat Saris, menjelaskan bahawa pihak Badan Pengurusan Bersama (JMB) mengambil masa kira-kira sejam untuk membersihkan najis berkenaan.

Gadis Terberak Dalam Seluar Di Tempat Awam, Teman Lelaki Bantu Bersihkan Seperti ‘Superhero’

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*