Rebah Semasa Zikir Selepas Solat Maghrib, Polis Meninggal Dunia Dalam Masjid

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Seorang anggota polis berpangkat Sub Inspektor meninggal dunia selepas selesai solat Maghrib di Masjid Al-Wajdi Bukit Selambau, di Sungai Petani, Kedah, semalam selepas rebah ketika bacaan zikir pada 7.45 malam.

Fadzil Ahmad, 60 tahun yang disenangi masyarakat sekeliling mengadu sakit dada dan sesak nafas selepas mereka pulang dari majlis kenduri di Sungai Petani, namun arwah masih dalam keadaan baik ketika itu.

Menurut anak arwah, Siti Nuraida, bapanya singgah solat di masjid itu sebelum pulang ke rumahnya di kuarters Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sik selepas pulang dari kampungnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang, memetik Harian Metro.

“Tengah hari semalam arwah ayah ada ke majlis kenduri perkahwinan di Sungai Petani bersama adik (Muhammad Syafiq, 20) sebelum mereka pulang ke kampung untuk menemui sanak saudara.

“Menurut adik, ayah ada mengadu sakit dada dan sesak nafas selepas mereka pulang dari majlis kenduri itu, namun arwah masih dalam keadaan baik,” – Siti Nuraida.

Arwah dikatakan tidak mengalami masalah ketika mengerjakan solat Maghrib sehinggalah arwah kembali mengadu sakit dada ketika bacaan zikir selepas solat dibacakan.

“Ayah beritahu adik yang dia sakit dada balik sambil memegang dadanya ketika imam membacakan zikir dan arwah tiba-tiba rebah tidak lama kemudian,”  – Siti Nuraida.

Arwah juga mengutamakan solat jemaah di masjid serta solat tahajud dan masanya banyak dihabiskan di surau IPD Sik semasa sedang bercuti bersara yang dijangka pada 14 Julai ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*