Polis Pantau Semua Video & Gambar Termasuk Gambar Syed Danial Pegang Kayu Baseball

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Susulan video dan gambar yang viral di media sosial berkaitan kes kematian Syed Muhammad Danial Syed Syakir, yang terlibat kemalangan di Kilometer 293.5 Lebuhraya Utara-Selatan, Kajang, polis masih menjalankan pemantauan.

BACA : Dua Lagi Video Insiden Kemalangan Arwah Danial Dikongsi Netizen Tular

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat memberitahu pihaknya memantau kesemua yang dimuat naik oleh netizen melalui laman sosial termasuklah gambar yang didakwa merupakan gambar Syed Danial membawa kayu baseball.

“Ia termasuk gambar yang didakwa merupakan gambar Syed Danial dan kita masih menyiasat tentang perkara tersebut.

“Termasuk juga dengan beberapa video yang dimuat naik, polis sentiasa memantau mengenai video-video tersebut,” – jelas Fadzil Ahmad kepada Sinar Harian.

Gambar Syed Danial dilihat membawa kayu baseball meluru ke arah kereta suspek itu didakwa diambil oleh isteri suspek dari dalam kereta.

Fadzil Ahmad turut meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang tuduhan dan spekulasi berhubung perkara ini kerana ia masih dalam siasatan.

Dua Lagi Video Insiden Kemalangan Arwah Danial Dikongsi Netizen Tular

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*