Polis Siasat Individu Sebar Maklumat Palsu Insiden Kemalangan Maut Syed Danial

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Polis sudah mengenal pasti dan tidak teragak-agak untuk menangkap individu termasuk seorang ahli politik yang menyebar maklumat palsu dan membangkitkan isu perkauman menerusi media sosial berhubung kes kemalangan maut di Kilometer 293.5, Lebuhraya Utara Selatan, Sabtu lalu.

BACA : Rempuh Mangsa Hingga Maut, Suspek & Isteri Direman 7 Hari

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, memberitahhu pihaknya dalam proses mengenal pasti latar belakang individu terbabit.

“Setakat ini tiada tangkapan, kita masih kenal pasti individu itu. Baru-baru ini, ada seorang ahli politik menerusi satu klip video yang tular di media sosial turut dilihat cuba membakar sentimen perkauman.

“Kita akan siasat perkara ini, polis harap orang ramai jangan burukkan lagi keadaan, sebaliknya tampil ke balai polis jika mempunyai maklumat berkaitan,” – jelas Fadzil Ahmat kepada Berita Harian.

Menurut Fadzil, penyebaran berita palsu itu secara tidak langsung mengganggu proses siasatan polis terhadap insiden berkenaan dan menegaskan individu terbabit tidak terlepas daripada tindakan undang-undang.

Polis Pantau Semua Video & Gambar Termasuk Gambar Syed Danial Pegang Kayu Baseball

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*