Potong Kemaluan Suami Kerana Dendam, Si Isteri Ditangkap Polis

19/06/2018

Tidak tahan dengan perangai suami dan dendam yang sudah lama disimpan, akhirnya seorang wanita nekad berkomplot mengupah orang untuk memotong kemaluan suaminya.

BACA : Kemaluan Putus Digigit Jerung, Diserang Semasa Berenang

Wanita yang dikenali sebagai Ayesha, berusia 45 tahun itu telah membuat rancangan untuk membalas dendam di sebuah rumah di Jabalpur, Madhya Pradesh, New Delhi, India.

Gambar hiasan

Mangsa, Dr Shafatullah Khan juga didakwa melakukan gangguan seksual termasuk merogol anak saudaranya sehingga mengandung menyebabkan wanita tersebut muak dengan perangai si mangsa.

Ayesha telah ditahan oleh pihak polis bersama anak saudaranya itu, Nandini dan suaminya, Pawan Vishwakarma selepas mangsa ditemui mati dibunuh dengan 12 tikaman di dada serta kemaluannya dipotong.

Polis sedang melihat tempat kejadian.

Namun, dua lelaki yang diupah untuk membunuh mangsa masih bebas dan kini menjadi buruan pihak polis.

Carian Anda :

Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Terima Kasih.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post: