“Beli Barang Baby, Yeay!” – PU Abu Beri RM10 Ribu Pada Bekas Isteri Untuk Barang Baby

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

PU Abu sebelum ini telah dikecam oleh netizen kerana didakwa mengabaikan bekas isterinya, Ain Afini yang sedang sarat mengandung tujuh bulan dan tidak bertanggungjawab untuk menguruskan anak yang bakal dilahirkan.

BACA : PU Abu Sindir Netizen Mengenai Sidang Media Bersama Ayahnya

Menerusi Instastory, PU Abu memberitahu dia telah memberi wang berjumlah hampir RM10 ribu kepada bekas isteri untuk urusan nafkah dan barang-barang bayi mereka yang bakal lahir tidak lama lagi.

“Saya telah memberikan wang berjumlah hampir RM10,000 kepada bekas isteri untuk urusan nafkah dan barang-barang baby. Harap maklum,” tulisnya.

“Program hari ini… penggambaran dengan Hlive, tengok rumah dan kemudian beli barang baby. Yeay!,” – PU Abu.

Status tersebut seolah-olah menyindir netizen yang memberi kecaman hebat kepada PU Abu sebelum ini yang didakwa mengabaikan tanggungjawab sebagai bekas suami dan bapa kepada anak yang bakal dilahirkan.

Dalam status yang lain menjadi perbualan hangat netizen sekarang mengenai PU Abu sedang happy bersama isteri baru, manaka bekas isteri, Ain Afini sibuk mengemas barang baby.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Carian Anda :

1 Comment

1 Trackback / Pingback

  1. Kantoi di Sempadan Thailand 2 Mei Lalu, PU Abu Mengaku Berkahwin di Thailand - TEHPANAS

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*