PU Abu Cerai Isteri Sarat Mengandung Demi Janda, Isteri Dedah Perbualan WhatsApp

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Bekas isteri PU Abu Sufyan Pencetus Ummah telah mendedahkan dirinya diceraikan oleh PU Abu demi menunaikan hasratnya untuk untuk berkahwin dengan seorang ibu tunggal bernama Hana Azraa.

BACA : Wechat Sediakan Butang Untuk Failkan Cerai

Yang menyedihkan lagi, bekas isterinya Ain Afini yang menggunakan nama @ainafini_ di Instagram berkongsikan screenshot perbualan di WhatsApp bekas suaminya yang curang dan menceraikan dirinya juga melalui aplikasi WhatsApp. WTF? Ustaz kot?

Bukan itu sahaja, malah bekas isteri lelaki tersebut dicerai semasa sarat mengandung. Hmm.. hukum manalah dia belajar ceraikan isteri semasa mengandung.

Menurut bekas isteri PU Abu lagi, dia telah meminta kebenaran darinya untuk berpoligami semasa pernikahan mereka baru masuk dua bulan.

Disebabkan usia pernikahan mereka masih baru, dia telah meminta bekas suaminya agar membuat pilihan antara dirinya dan anak mereka dalam kandungan atau ibu tunggal tersebut.

Kalau ikutkan bekas isteri PU Abu ni telah berusaha untuk menutup kisah ditinggalkan sewaktu mengandung ini, tetapi disebabkan PU Abu dan Hana Azraa tidak menyembunyikan kemesraan mereka di Instagram, terpaksalah bekas isterinya mengambil keputusan untuk mendedahkan kepada umum melalui Instagram juga.

PU Abu Seorang ‘Playboy’ – Pendedahan Rakan Sekolah PU Abu

Seorang rakan sekolah PU Abu telah memberi komen di Instagram bekas isteri PU Abu bahawa dia melakukan perkara yang sama semenjak dari zaman sekolah lagi.

Ada juga yang yang mendakwa bahawa PU Abu hanya menipu dengan menggunakan gelaran ‘Ustaz’ selama ini.

Dan ada juga yang mendakwa talak yang PU Abu jatuhkan kepada isterinya tidak sah memandangkan bekas isterinya dalam keadaan sarat mengandung.

Setakat ini belum ada komen balas dari PU Abu dan Instagram milik Hana Azraa juga telah dikunci mungkin disebabkan Persatuan Makcik Bawang menerjah di Instagram miliknya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Carian Anda :

5 Trackbacks / Pingbacks

  1. "Saya Ada Cerita Sendiri" - PU Abu Cerai Semasa Isteri Hamil - TEHPANAS
  2. "Masalah Besar Bukan Pada Talak Semasa Mengandung Itu" - PU Rahmat Ikhsan - TEHPANAS
  3. "Itu Bukan Cerita Penuh, Isu Hana Azraa Adalah Isu Lama" - PU Abu Dedah Isu Cerai Isteri Hamil - TEHPANAS
  4. Bekas Isteri PU Abu Diuji Lagi, Kali Ini Kehilangan Insan Tercinta - TEHPANAS
  5. "Saya Tidak Berniat Untuk Menceraikan Isteri Saya" - Talak PU Abu Rupanya Tidak Sah - TEHPANAS

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*