“Kami Baru Sahaja Berpindah Ke Rumah Baharu” – PU Abu & Hana Azraa Seronok Beraya Di Rumah Baharu

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

PU Abu sangat teruja apabila tahun ini menyambut hari raya bersama pasangan baharunya, Hana Azraa, lebih-lebih lagi menyambut Syawal di rumah baharu.

BACA : Patah Balik Untuk Dedahkan Bukti Tambahan, PU Abu Sah Bercerai Talak Dua

“Kami baharu sahaja berpindah ke rumah baru…. jadi baju raya tahun ini mungkin kurang.

“Duit banyak dibelanjakan untuk rumah dan keluarga kerana saya family first.

“Kami banyak fokus kepada persiapan mencantikkan rumah. Kami hias sama-sama, beli barang di Ikea, tetapi rumah kami biasa-biasa sahaja,” – PU Abu.

Menurut Abu, dia tidak melupakan kelengkapan perayaan untuk bekasi isterinya Ain Afini yang sarat mengandung itu, memetik mStar.

Bukan itu saja, Abu turut menyediakan sejumlah wang buat perbelanjaan bekas isteri agar kebajikan tidak terabai.

“Malah setiap hari saya mesej dan bertanya khabar, tanya check up baby macam mana.

“Hubungan saya dan Ain baik. Kami tiada dendam dan keluarga Ain juga reda dengan ketentuan ini. Apa yang saya boleh cakap, anda hanya dengar cerita dari pihak Ain dan saya ada cerita tersendiri,” – PU Abu.

PU Abu menjelaskan hubungan dia dengan bekas isteri baik dan tiada dendam antara mereka berdua, malah keluarga bekas mertuanya pun reda dengan perpisahan mereka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 Trackback / Pingback

  1. "Bila Besar Nanti, Kau Pijak Bapa Kau Ni Ye Dik" - Netizen Kecam PU Abu Muat Naik Gambar Bersama Anak - TEHPANAS

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*