Kantoi di Sempadan Thailand 2 Mei Lalu, PU Abu Mengaku Berkahwin di Thailand

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Agak lama PU Abu mendiamkan diri mengenai hubungan sebenar dengan Hana Azraa, akhirnya PU Abu mengaku sudah berkahwin dengan janda anak satu di Satun, Thailand.

BACA : PU Abu Beri RM10 Ribu Pada Bekas Isteri Untuk Barang Baby

Penjelasan PU Abu itu sekaligus mengesahkan maklumat daripada individu yang mendakwa melihat PU Abu bersama seorang wanita dipercayai Hana Azraa berada di Satun, Thailand pada 2 Mei lalu.

Oh, patutlah pada 3 Mei lalu PU Abu & Hana Azraa masing-masing mengemaskini InstaStory dengan posting berbunyi “Alhamdulillah” dan “Officially“, jelas menandakan kegembiraan.

“Saya tidak akan menafikan yang melihat saya di sempadan 2 Mei lepas.

“Terima kasih menyebarkan. Yang penting hubungan saya sudah halal,” tulis PU Abu.

Berita gembira itu telah dikongsi oleh PU Abu menerusi sebuah posting di Instastory miliknya pada awal pagi tadi (Rabu) tetapi sejurus kemudian, PU Abu menyahaktifkan akaun Instagram selepas lima minit memuat naik status tersebut.

Selang beberapa jam kemudian, akaun Instagram PU Abu diaktifkan semula dan semua status di Instastory juga telah dipadam.

Alhamdullilah, kalau betul dah bernikah walaupun dalam diam-diam dan melangsungkan perkahwinan di negara lain iaitu Thailand. Sawadikap!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 Trackback / Pingback

  1. "Saya Bersumpah, Akaun IG Saya Telah Dihacked" - PU Abu Dedah Instagram Kena Godam - TEHPANAS

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*