“Terlupa Nak Cakap, Saya Akan Buat Sidang Media Bersama Ayah Saya Pada 5/5 Tapi Tak Tahu Tahun Bila, Haha” – PU Abu

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Isu PU Abu menceraikan bekasi isterinya, Ain Afini semasa sarat mengandung 7 bulan masih menjadi bualan hangat netizen dan terbaru, PU Abu memuat naik foto bersama bapanya dan membuka ruang komen di Instagram mengundang kecaman netizen.

BACA : Didesak Untuk Berkahwin, PU Abu Terlanjur Dengan Hana Azraa Sampai Hamil?

Foto bersama bapanya dimuat naik di Instagram bersama kapsyen yang seolah-oleh mempersendakan dan tidak mengambil kisah mengenai isu rumah tangganya yang musnah April lalu.

“Oh terlupa nak cakap, saya akan buat sidang media bersama ayah saya pada 5/5 tapi tak tahu tahun bila…haha,” tulis PU Abu di Instagram.

Netizen yang tidak puas hati dengan kapsyen yang ditulis oleh Abu itu, telah memberi pelbagai reaksi kepada netizen dan setiap komen dibalas oleh Abu dengan ayat sindiran.

Rata-rata netizen yang meberi kecaman dan ada yang meluahkan rasa simpati terhadap bekas isterinya yang terpaksa mengharungi fasa akhir kehamilan seorang diri.

“Ni tak ada kerja muat naik gambar. Barang kelengkapan baby dah beli belum. Anak bakal lahir tu. Jangan sibuk dengan janda saja,” – Netizen

Mungkin Abu menerima ‘arahan’ daripada ayahnya, ruang komen tersebut telah ditutup selang beberapa minit dan foto dirinya bersama bapanya terus dipadam dari akaun Instagram miliknya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Carian Anda :

1 Trackback / Pingback

  1. "Beli Barang Baby, Yeay!" - PU Abu Beri RM10 Ribu Pada Bekas Isteri Untuk Barang Baby - TEHPANAS

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*