Patah Balik Untuk Dedahkan Bukti Tambahan, PU Abu Sah Bercerai Talak Dua

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Keputusan konflik penceraian antara PU Abu dan isterinya Ain ‘Afini Latif akhirnya berkesudahan dengan jatuhnya talak dua walaupun pada mulanya mahkamah memutuskan penceraian mereka tidak sah.

BACA : “Saya Tidak Berniat Untuk Menceraikan Isteri Saya” – Talak PU Abu Tidak Sah

Memetik laporan mStar, ketika dalam perjalanan pulang, PU abu dan isterinya berpatah balik ke mahkamah semula bertujuan mengemukakan fakta tambahan bagi menyokong perceraian mereka.

“Ketika hakim buat keputusan (penceraian tidak sah) itu, sebenarnya ada kenyataan yang tidak penuh daripada pihak saya.

“Ada maklumat yang tidak cukup membuatkan penceraian itu tidak sah dan saya terpaksa berpatah balik bagi menambah kenyataan,” – PU Abu.

Walau bagaimanapun PU Abu enggan berkongsi kenyataan tambahan itu yang dikemukakan kepada mahkamah.

Begitu juga Ain ‘Afini yang tidak dapat berkongsi mengenai fakta tambahan yang dikemukakan kepada mahkamah kerana ia melibatkan aib bekas suaminya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*