“Saya Takkan Bagi Kenyataan Sehingga Arahan Daripada Ayah Saya” – PU Abu

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

PU Abu akhirnya kembali ke tanah air untuk berhadapan kontroversi rumah tangga yang menjadi perhatian ramai selepas beberapa minggu di Makkah.

BACA : “Saya Ada Cerita Sendiri” – PU Abu

mStar melaporkan PU Abu terkejut melihat media yang sedang menunggu kehadirannya di KLIA, namun tetap memberikan kerjasama dan menjawab persoalan dengan tenang.

“Awak tengok macam mana saya sekarang, inilah diri saya. Tak nampak pun saya sugul.

“Maknanya tak adalah saya pulang ke Malaysia dalam keadaan kurus kering atau tak makan ke,” – PU Abu.

PU Abu mendakwa cerita yang diketahui umum hanyalah sebahagian daripada kisah yang sebenar dan  cerita sebenar kemelut yang berlaku hanyalah diketahui oleh keluarga ketiga-tiga pihak iaitu, Ain Afini, Hana Azraa dan ibu bapanya sendiri.

PU Abu mendedahkan dia tak akan memberi apa-apa kenyataan walau apa pun paksaan atau desakan dia tetap tidak membuka buka mulut.

Bukan itu sahaja, PU Abu teragak-agak untuk menjawab soalan media apabila ditanya mengenai status hubungannya dengan Hana ketika ini kerana dakwaan sebelum ini mereka sudah bernikah.

“Saya tak boleh cakap banyak-banyak sebab semua kenyataan saya selama ini diputar belit ramai pihak dan media.

“Saya takkan bagi apa-apa kenyataan sehingga arahan daripada ayah saya,” – PU Abu.

Dia terpaksa akur nasihat daripada ayahnya, Mokhtar Rozaidi supaya tidak memberi apa-apa kenyataan susulan sehingga arahan daripada ayahnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 Trackback / Pingback

  1. Didesak Untuk Berkahwin, PU Abu Terlanjur Dengan Hana Azraa Sampai Hamil? - TEHPANAS

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*